Sunday, February 27, 2011

pulanglah ke pangkuan abang

cerita nie aku ambil dari sebuah majalah . . harap2 boleh di jadikan pengajaran buat kita semua . .

tafaku sayang . .
maafkan abang jika coretan ini membuatkan tafa marah marah. percayalah, bukan niat abang mengguris hati orang yang paling abang sayang. cuma abang tiada pilihan lain.
tafa isteriku . . sebenarnya abang terlalu menyayangimu. abang tak sanggup berjauhan walau sedetik, apalagi berpisah. tidak tafa . . tidak sama sekali !
pada abang, biarlah maut memisahkan kita kerana tafa adalah segala galanya buat abang.
sejak kita bergelar suami isteri pada 14 januari 2001 lalu, keindahan bersama tafa sentiasa menjentik sanubari abang. abang sanggup mengelek tongkat dan mengheret kaki kiri yang dah tak berfungsi ini semata mata mahu melihat wajah ayu tafa. abang pacu sendiri motosikal ke rumah sewa kita di nilai. abang tau tafa susah nak balik menjenguk abang di rumah mak, di kampung daching hilir, lenggeng. maklumlah sebagai pekerja kilang . . tafa kerja ikut shif.

ikuti sambungan cerita yang menyat hati ini di minggu akan datang . . tak sempat tulis deh . .