Powered By Blogger

Thursday, March 10, 2011

sambungan si tafa . .

ok ikuti lah sambungan ceter si taha ngan isterinya . .

 abang juga tidak marah, walau tafa jarang jenguk abang di hospital, walaupun lebih sebulan terlantar.
 seingat abang, cuma tiga hari tafa berada di sisi abang, selepas itu tafa terus pulang ke nilai atas alasan tiada cuti.
 mungkin tafa marah kerana abang enggan balik ke rumah sewa kita. tafa tahukan, tulang pinggung abang remuk akibat kemalangan yang kita alami bersama pada 1 april 2001 lalu.
 pergerakan abang kini terbatas dan tafa pula terpaksa kerja ikut shif. siapa nak tolong sediakan makan minum? sebab itulah abang duduk dengan mak.
 percayalah, bukan niat abang untuk terus berkepit dibawah ketiak mak seperti yang tafa dakwa.
 malah mak tak pernah minta abang tinggal di kampung. tapi abang terpaksa . . . tafa tahu kan?
 tafa juga tahu untuk membuat pembedahan ganti tulang punggung yang remuk ini kosnya lebih rm10,000. mana abang nak korek sebanyak tu?
 keluarga abang tak mampu! ini pun tafa tahu kan? abang bersyukur apabila mendapat tahu tafa tidak mengalami sebarang kecerderaan dalam kemalangan itu.
 tak putus-putus abang berdoa. biarlah tafa selamat, sekurang-kurangnya dapat juga abang menumpang. rupanya impian abang lenyap dibawa angin lalu.
 bagi abang, tafalah satu-satunya wanita yang pernah abang cinta dan sayangi di dunia ini.
 kerana itu abang kecewa apabila tafa tukar kunci rumah sewa kita tanpa beritahu abang. tafa tahu . . . seharian abang tunggu di depan pintu rumah sewa kita itu.
 masakan kegemaran tafa yang emak bekalkan untuk kita berbuka puasa bersama terbuang begitu saja.
 akhirnya abang terjengket-jengket ke rumah mak. bercucuran air mata mengenang nasib diri diperlakukan begitu oleh orang yang paling disayangi.
 abang faham maksud tafa, tapi abang tak boleh menerimanya.

ikuti sambungannya  selepas beberapa hari . . jika aku ada masa untuk menulisnya . .

No comments:

Post a Comment